Asy-Syu'ara 26:109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ , إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Related Posts with Thumbnails

Khamis, 23 Oktober 2008

Cerita Penguin Yang Taat

Aku membawa anak-anakku ke Marine Life Educational & Entertainment Park yang mana terdapat persembahan aksi ikan paus KillerWhale, ikan lumba-lumba dan juga persembahan oleh seekor penguin.

Si penguin ini membuat persembahan yang amat hebat dan mengkagumkan, terjun dari papan terjun yang tinggi, menimbang bola dgn hidungnya, melompat ditengah gelung api dan macam2 lagi. Sambil memeluk anakku, kami menikmati persembahan penguin tersebut. Apa sahaja yg diperintah oleh pelatihnya, dia dgn patuh melakukannya. Jika dia disuruh ambilkan sesuatu, dgn pantas dilakukannya.

Aku memandang anak2ku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar dr penguin tersebut tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.

Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dgn taat sekali. Sambil memandang kearah anak2 ku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".

Serta merta terlintas dihatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku samada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yg sentiasa sibuk, tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.

Ini sebenarnya dgn tidak secara langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dgnya, aku utamakan peluk cium dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.

Kita tenggelam dgn cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda2 yg negatif, contohnya tajuk2 utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara 2 negatif.

Didalam hidup kita apa yg kita fokus kan itu yang menjadi realiti hidup kita ini, jika kita fokus akan kedegilan anak2, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.

Energy Flows Where Attention Goes.

8 Komen:

Dr Lee berkata...

penguin ke anjing laut?

dalila berkata...

aah..penguin ke anjing laut?haha

Helmis berkata...

Mula-mula saya nak letak dugong sebab anjing laut dah biasa sgt, tp penguin pun boleh rasanya, pada jangkaan saya pembaca akan lebih berminat tentang cerita dari pelakon, rohani dari jasmani, abstrak dari materialistik... terpulang pada pembaca, bagi saya yang penting "moral of the story", "the message and not the messanger".

Tanpa Nama berkata...

tu la.........

Tanpa Nama berkata...

heee...suka "messege and not the messanger"...macam jwpn yg sesuai bagi mereka yg diajak berfikir ke arah kebaikan tetapi bertanya "apa kelulusan awk,belajar kt mana dulu,macmlah awak bagus sgt and bla,bla,bla.."

Tanpa Nama berkata...

ceritanya menarik

Tanpa Nama berkata...

Pengajaran yang indah... Subhanallah

Muhammad berkata...

Bagusss..

Catat Ulasan

"Foolish faith in authority is the worst enemy of truth"
"Kepercayaan membuta-tuli kepada mereka yang berkuasa adalah musuh yang paling utama kepada kebenaran" Albert Einstein
"They must find it difficult... Those who have taken authority as the truth, rather than truth as authority"
"Amat sukar bagi mereka... mereka yang mengambil pihak berkuasa itu yang benar sedangkan sepatutnya yang benar itulah yang sepatutnya berkuasa" - Gerald Massey.
"When POWER of LOVE exceed LOVE of POWER, world will know PEACE"
"Apabila kuasa cinta melebihi cintakan kuasa, barulah dunia akan mengenali keamanan" - Jimi Hendrix
Who links to my website?

Bagaimana Jika… Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? © 2010. Template by Dicas Blogger.Optimise bySYURGADIDUNIA.

Kembali Ke Atas